Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Pada 25 jun 2011 saya dan kawan-kawan telah mengikuti satu pertandingan iaitu Youth Got Tallen (YGT).. YGT 2011 adalah satu pertandingan nyanyian sama ada berbentuk singing performance atau band competition, jadi saya mengajak mereka untuk mengikuti pertandingan ini dalam kategori B iaitu band competition.. Selepas itu kami pergi mendapatkan borang pertandingan dan dihantar di Yamaha Music School Tawau yang berhadapan dengan CIMB Bank beserta yuran pertandingan RM 50.00 .. Setelah selesai semuanya kami terus berbincang megenai lagu yang akan di bawa.. Dan hasil perbincangan itu tertubuh la nama kumpulan band kami iaitu FAT LIP yang diambil dari sebuah nama lagu yg di nyanyikan oleh Sum41.
Memang pening memikirkan nama kumpulan kami itu la sebab nama band tu agak pelik sedikit..
Syarat lagu adalah dalam bentuk BI, so kena la lancarkan mulut ni nyanyi lagu BI.
Dalam 3 or 2 minggu latihan demi latihan dibuat tidak kira berlatih dengan gitar akustik mahupun di studio jamming akan tetapi latihan distudio memerlukan bajet juga so terpaksa la kami mencari dan menjual besi-besi buruk, lalu duit itu kami buat bayaran di studio jamming..
sebelum malam pertandingan bermula semua peserta dikehendaki datang ke Dewan Calvary Tawau (tempat pertandingan) lebih kurang pada jam6.30pm untuk raptai pertandingan pada malam esok.
![]() |
| tyme raptai sambil menunggu giliran untuk membuat persembahan |
![]() |
| ini senarai kumpulan yang membuat persembahan,. B5 Fat Lip dn tajuk lagu.. |
Pada malam pertandingan debaran makin terasa, semakin ramai penonton yang hadir dan berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.. Kami datang dengan harapan dapat masuk ke final itu pun sudah bersyukur., Dengan latihan yang di lakukan hampir sebulan berlatih kami serlahkan pada malam itu..
![]() |
| tyme nie nyanyi² sambil mata saya silau sehinggakan penonton di depan pun x nampak, so rasa nrves tu kurang cikit. angap ja nyanyi sorang².. hehehe |
Selepas semua peserta selesai membuat persembahan tiba la waktu untuk diumumkan kumpulan mana yang layak ke final akan tetapi kumpulan kami tidak layak ke peringkat itu.. susahnya mau terima kenyataan tyme itu, kecewa yang amat mendalam sehinggakan tidak ada mud sampai esok pagi.. hehehe. Pada petang hari isnin satu panggilan diterima daripada pihak penganjur mangatakan band kami layak ke final.. Pertama kali dengar memang tidak percaya tetapi kawan saya sendiri bagitau saya terus hilang rasa kecewa.. So kami di suruh ready lagi pada 9 july 2011 untuk membuat persembahan d final..
![]() |
| malam final sebelum bergerak ke dewan |
![]() |
| ini gambar sebelum masuk ke stage.. tyme nie memg berdebar tgn saya pown sejuk, bergegar pokoknya semua ada perasaan takut.. hahaha |
So itu lah pengalaman yang paling indah dalam hidup saya dan banyak pengajaran yang saya dapat..
apa-apa pun saya mau minta maaf kalau ada perkataan kurang menyenangkan..
terima kasih...,




